aina_yang_montel (30/9/2009 8:45:08 PM): awak kan dh mati?? nape awk leh masuk ym lg?? awk tanam sekali ngan note book ker????? dorg kt hebat r awk klu cmnih...
Ya Allah!! sabarkanlah diri ini..Kenapalah ako dipersalahkan dgn nista2 semua ini..kenapa? Apa salah ako? Bkn salah ako !! Org lain yg ckp ako tak ada...ako dh meninggal..sdgkan ako ada sihat....
Kalau ako bgtau..dia org akan tempelak cu...ako benci benda ni terjadi...ako benci benci...
Ya ako admit ako buat salah..ako ambil jln pintas...tak mengapalah..biar ako kat sini...
Yang penting ako tak ganggu hidup org lain..tak ganggu rumah tangga org..tp ako kehilangan seseorang....
Ako benar-benar cintakan dia...
Kata-kata hikmah
YM ( yahoo. messenger )
Wednesday, September 30, 2009
Posted by love aina at 9/30/2009 11:02:00 PM 0 comments
ako & blog
hari ni tepat seminggu ako kat sini..rasa ako akan kekal disini selamanya...biarlah apa yg terjadi...
hari ini ako baca cerita pasal Siti Khadijah...wife Nabi junjungan kita Ummul Mukiminin...
ni ako copy paste dari satu artikel
SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani.
Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.
Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci.
Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun.
Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.
Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.
Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda.
Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya.
Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.
Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira.
Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.
Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah.
teringin juga nak menjadi seperti baginda :P
surah Al Baqarah - Al Baqarah : 269
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (269)
Posted by love aina at 9/30/2009 01:14:00 PM 0 comments
Realiti n Fantasi
Dulu diri ini dikenalkan dgn dunia chating...ako terpana..ako terleka...Lantas diri ini berkenalan dengan seseorang yg ako sayang...
Memang dari mula perkenalan kami, aku telah menipu beliau. Bukan apa utk safety. Ya ako bukan student..ako dah grade..dah bekerja....Wp usia ako muda tp ako dah berkerja...cuma bila ako berkawan dgn dia ako tak tahu macam mana perlu ako terus terang..lantas ako mengunakan kawan serumah ako sebagai loncantan...
Benda ini berlarutan sehingga melibatkan keluarga ako sendiri. Malah ako meminta mereka agar merahsiakan. Cian cu..dia yg kenalkan ako dgn dunia ni..dia banyak dipersalahkan.
Budak yg ako kenal mmg ako senang dengan dia..beza umur kami setahun..ako anggap kalau ako lekas sihat dari accident hari tu ako nak berterus terang..tp terlambat...ako pun tahu yg dia ada teman lain...tp dia cuba nafikan...
Dari kecil ako menerima tekanan...ako sakit jiwa..Ya ako sakit sangat...jalan pendek ako pilih...Family ako benar2 tertekan n marah...
Lantas mereka decide utk menjauhkan ako dari dunia chating ni..dan alam cyber khususnya....Ako tahu niat mereka kenapa...
Utk si dia...biarkan kenangan kita berada di hati atau terkubur...ako dimaklumkan sesama kehilangan ako...abg menyalahkan diri sendiri...lama agak lama...cu sendiri serba salah..dia menyesal tp dia tak boleh berpatah balik....achik pun sama....
Tp selepas kejadian semalam, ako rasa abg takkan menyalahkan dirinya lagi...mungkin ada hikmahnya...ako dah tak kesah...
Posted by love aina at 9/30/2009 12:46:00 PM 0 comments
stupid hahahaha
Tuesday, September 29, 2009
bodoh agak ako ni
kalo org dh anggap ko mati anggap aje mcm tu
sedarlah diri tu tak ada nilai
baik mati
x guna...dari dulu ko mmg tak layak dpt layanan...
ko tak tahu tak hidop ko tu tak ada nilai dah
everybody treat u like rubbish...eventhought your own family ignoring u...
wake up ok...everything its bullshit..everything its stupid..
no body with you...
doctor but can't secure urself...
Posted by love aina at 9/29/2009 11:07:00 PM 0 comments
1st post
dunno wat happen
suddenly everything goin down..between honours n family..between the truth n the trial..
Posted by love aina at 9/29/2009 12:47:00 AM 0 comments

